Ciri2 orang munafik sejati
1.  Dusta
Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad  Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu SESEORANG YANG  BERDUSTA AGAR ORANG2 TERTAWA."
Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan  Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada 3, salah satunya  adalah jika berbicara dia dusta."
2. Khianat
sabda Rasulullah  SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada  seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang  dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur  syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda  kemunafikan.
3. Fujur dalam pertikaian
sabda Rasulullah  SAW:
"Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"
4. Ingkar  Janji
sabda Rasulullah SAW:
"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara  dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia  berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)
5. Malas Beribadah
Firman  Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN  MALAS..."
(An-Nisa': 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia  menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai  di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak  mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan  menghayatinya.
6. Riya'
Di hadapan manusia dia solat dengan  khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila bersama  orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian  juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL  YANG DIHARAMKAN Allah SWT.
7. Sedikit Berzikir
Firman Allah  SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan  malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah  mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali.
(An-Nisa':  142)
8. Mempercepat Solat
Mereka (orang2 munafik) adalah orang  yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada  ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di  dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan,  kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.
Hadith Nabi  SAW:
"Itulah solat orang munafik...lalu mempercepat empat rakaat  (solatnya)"
9. Mencela orang-orang yang Taat dan Soleh
Mereka  memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan  celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui  orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2  yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada  yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat kepada  Allah SWT
10. Memperolok-olok Al-Quran, As-Sunnah, dan Rasulullah  SAW
Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah  memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya.  Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH  KAFIR.
Firman Allah SWT:
"...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT,  Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta  maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..."
(At-Taubah: 65-66)
11.  Bersumpah Palsu
Firman Allah SWT:
"Mereka menjadikan sumpah-sumpah  mereka sebagai perisai..."
(Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)
Jika  seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung  bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi  kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang  itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya  kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah  sahabatku.
12. Enggan Berinfak
Orang2 munafik memang selalu  menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa.  Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka  lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada  hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi  jiwa.
13. Tidak menghiraukan nasib Kaum Muslimin
Mereka selalu  menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil.  iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang  munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum  muslimin.
14. Suka menyebarkan Khabar Dusta
Orang munafik  senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya  secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam  majlis2 pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan  itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri  mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi  si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada  masyarakat.
15. Mengingkari Takdir
Orang munafik selalu  membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila  ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini,  niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia.  Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN TAKDIR.
16.  Mencaci maki kehormatan orang-orang Soleh
Apabila orang munafik membelakangi  orang2 soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan  menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan.
Firman Allah  SWT:
"...mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil  untuk berbuat kebaikan..."
(Al-Ahzab: 19)
17. Sering meninggalkan  Solat Berjamaah
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang,  dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika  mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang  munafik.
18. Membuat kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan  Perbaikan
Firman Allah SWT:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka:  janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya  kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah  orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar."
(Al-Baqarah:  11-12)
19. Tidak ada kesesuaian antara Zahir dengan  Batin
Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah  Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian  mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang  menyebabkan MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA. Penampilan zahirnya bagus dan  mempersona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan.  Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya  main-main.
20. Takut terhadap Kejadian Apa Pun
Orang2 munafik  selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya hanya selalu  mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan2  hidup apa pun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan  keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak  ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih  baik.
21. Beruzur dengan Dalih Dusta
Firman Allah SWT:
"Di  antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang)  dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah  bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM  itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir."
(At-Taubah:  49)
22. Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan
Mereka  (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2  beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak,  penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan  konsert, menyebarkan majalah2 porno (SEMIPORNO) dan narkotik.
23.  Bakhil
Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka  menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian  harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan  berkecukupan.
24. Lupa kepada Allah SWT
Segala sesuatu selalu  mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada  keluarganya, anak-anaknya, nyanyian2, berbagai keinginan, dan segala sesuatu  yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah  terlintas untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN  SEMATA-MATA.
25. Mendustakan janji Allah SWT dan  Rasul-Nya
Firman Allah SWT:
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik  dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya  tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya."
(Al-Ahzab:  12)
26. Lebih memperhatikan Zahir, mengabaikan Batin
Orang  munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan  solat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir... Pada  zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong,  rosak dan lain2.
27. Sombong dalam Berbicara
Orang2 munafik  selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka  memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya  dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG  HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal,  pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki  ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.
28. Tidak memahami Ad  Din
Di antara "KEISTIMEWAAN" orang2 munafik adalah: mereka sama sekali  tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan  mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal2 remeh-temeh dan  pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga  tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk  berdialog (bertanya tentang persoalan2 Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak  boleh menjawab.
29. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah  dengan Dosa
Orang munafik menganggap ringan perkara2 terhadap Allah SWT,  menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara  sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia  menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat
Firman Allah SWT:
"Mereka  bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal  Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia  yang Allah tidak redhai..."
(An-Nisa': 108)
30. Senang dengan  Musibah yang menimpa orang-orang Beriman dan Dengki terhadap Kebahagian  mereka
Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang  soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada  masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat  memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah  begini dan begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau."  Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah  itu.
0 Comments:
Post a Comment